Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Sunday, 12 March 2017

Jom positif

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com



Sudah beberapa minggu anak umi mengeluh hal seluar sekolahnya yang dah koyak , singkat dan rosak zipnya. Minggu lepas umi bagi cadangan nak beli seluar baru untuknya. Dia anggukkan kepala.

Semenjak itu dia sentiasa bertanya bila nak beli seluar baru untuknya. Kita memang sentiasa ada masa untuk ke kedai tapi dia selalu balik sekolah pukul 6 petang.

Semalam kebetulan dia balik awal, jadi dapatlah kami ke kedai membeli seluar sekolahnya. Balik dari kedai umi mintak dia pakai tapi dia enggan sebab nak tunggu lepas mandi.Umi ingat nak pendekkan sedikit seluar tu sebab agak labuh.

Pagi tadi sebelum kesekolah baru teringat pasal seluar tu. Seperti biasa dia akan risau sedikit mengenai hal-hal begitu. Tapi umi akan bagi solusi kepada setiap masalah di waktu pagi. Kali ni umi mintak dia pakai seluar tu dan ukur sampai mana nak di singkatkan. Umi mintak dia buat semua proses untuk kesekolah kecuali memakai seluar sahaja.

Sambil dia menyiapkan diri, umi menyingkatkan seluarnya. Sampi waktu nak ke sekolah, seluar pun dah siap berjahit. Kedua-dua hati umi dan anak gembira.

Carilah jalan untuk bahagia, setiap masalah ada penyelesaiannya.Be positif. 

UPSR is on the way

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com



UPSR is on the way. Tahun ni anak bongsuku akan ambil UPSR. banyak persediaan yang perlu dilakukan. Susah juga nak memantau pelajaran anakku sebab beliau seorang yang sangat aktif di sekolah.Setiap hari ada saja kegiatan di sekolah yang menyebabkan dia pulang lewat. Selalu terfikir-fikir cara untuk membantunya.

Langkah pertama ialah sentiasa berpesan supaya pulang kerumah selepas berakhir waktu persekolahan. Memang payah sikit nak dapat tu tapi umi tetap berpesan.

Selain itu umi cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan di rumah dengan menukar setiap situasi menjadi mudah. Kurang berleterlah kan.

Setiap hari umi akan bertanya tentang kerja sekolah. Kadang-kadang dia terlupa pasal homework ni.

Ambil hatinya dengan bawa berjalan, belanja makan, dengar musik yang dia suka, karaoke bersama-sama dengan erti kata lain nikmati kehidupan ni bersama dia. 

Peluk dia selalu dan ucapkan betapa umi sayangkan dia. Tapi umi tak buat setiap hari.

Doa jangan putus, setiap hari berdoa yang baik-baik untuk dia. Hadiah bacaan Quran untuk dia. Jangan lupa bersedekah untuk dia.

Banyak sangat tip-tip berkesan untuk menawan hati anak ni .Ini hanya sebahagian dari contoh sahaja.

Bila masa belajar, dia akan belajar dengan senang hati dan tidak rasa dipaksa. Disebabkan dia suka melayari internet, umi ajak dia belajar menggunakan internet.Banyak soalan-soalan UPSR . Buat terus latihan di situ. Cuma tu lah, kita kena banyak bersabar sebab talian internet sangat lambat di sini.

Doa umi moga dia berjaya di dunia dan akhirat..


Saturday, 11 March 2017

Kenduri Atikah

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Alhmdulillah berkesempatan menghadiri kenduri kawin Atikah semalam. meriah betul. Ramai tetamu yng dikenali, begitu juga bekas-bekas pelajar umi. 


Mereka bekas pelajar umi d Sekolah Al Azhar dulu. Kemudian belajar di Pusat Tuisyen Bitara Indah tempat umi mengajar. 

Masa begitu cepat berlalu. Masing-masing memanfaatkan usia muda dengan memperkasa diri mencari ilmu dunia dan akhirat. Cikgu doakan agar kalian berjaya dunia akhirat. 

Selamat pengantin bari Tikah.


Wednesday, 8 March 2017

Syawal o Syawal


               Harini umi tulis blog sambil tangguk Adam cucu keempat umi. Pagi-pagi macamni kalau umi tak sibuk, umi akan ambil alih jaga Adam.Syok ooo ada cucu ni.

              Semalam besanku dari Sri Iskandar datang ziarah cucu mereka.Paksu Syawal pun ikut sama. Sampai-sampai terus cari kucingku Jang.

               Puas bermain dengan Jang, dia masuk rumah dan mula bersembang, " umi, Syawal nak belajar jahitlah" ujarnya. "Syawal nak belajar jahit apa?" tanyaku. "Jahitan kia,jelujur halus,jelujur kasar, sembat dan masukkan benang kat jarum." jawabnya.

               Umi terus search kat u tube, tunjuk kat dia. Khusyuk betul dia tengok u tube sambil bercerita betapa dia menghadapi masalah masukkan benang kat jarum di sekolah.

               Tiba-tiba angin bertiup kencang kat luar rumah, habis terbang pola-pola baju umi kat luar.
Umi berlari keluar rumah diikuti Syawal.Sambil melipat pola-pola, Syawal memulakan bicara, "lengkap lah peralatan jahit kat sini umi."' Hahaha" Umi gelak je. Yalah mana tak tergelaknya besan saya tukang masak dah tentu tak ada peralatan jahit.

               "Syawal nak belajar jahitlah umi, susah tak?" soalnya.
                " taklah, mcm belajar masak juga, kena cuba dan praktis" umi jawab.
                " Kat sekolah kelas Syawal asing dari kawan-kawan lain.Syawal belajar kemahiran je, Syawal tak sama macam diorang, ya lah Syawal kan oku, orang kurang upaya"sambungnya.
                 "Haritu Syawal belajar masak kan, senang tak masak?" tanyaku. Dia angguk." Syawal pandai masak nasi?" Umi tanya. "Pandai, senang je masak nasi" jawabnya dengan yakin. "Syok tau belajar kemahiran, umi suka kemahiran.Syawal dah pandai masak, kwan-kawan lain tak tentu pandai macam Syawal." Dia angguk-angguk puas.

                  Tak lama lepas tu Syawal tanya pasal susu kambing, umi suruh dia ambil sendiri kat dalm freezer, umi suruh dia tinggal di luar freezer sampai nyah beku. Masa nk minum umi mintak di keluarkan satu botol susu dari freezer sebab umi nak minum sama tiba-tiba dia kata " umi ambil yang Syawal punya dulu, nnti Syawal minum yang tak cair lagi dlm kereta." Terharu umi.

                  Syawal o Syawal. Datang lagi ya tengok Adam dan umi.



Tuesday, 7 March 2017

Rabu yang mencabar

8 Mac 2017

            Pagi-pagi macm ni memang menyegarkan. Seusai solat sebelum membaca al quran umi kejut anak-anak solat subuh.Siabang memanggilku menghampirinya. Dia menceritakn perihal kakinya yang tergeliat di sekolah.Hihihi, umi gelak dalm hati.

            "Mai umi nak tengok" ujarku. Dihulurkan kakinya, tiada tanda-tanda cedera,bengkak pun tiada.Jauh dalam lubuk hatiku terasa yang ini semua alasan untuk tidak kesekolah.Tahulah apa yang umi nak buat.

              Umi terus bagitau kat anak keempat mintak beliau yang mengejut dan suruh mndi kesekolah.

               "Acik, bangun, mandi,pi sekolah" ringkas je arahan sang abang.
               "Acik sakit kaki, kaki tergeliat kat sekolah, bengkak dah surut tapi masih sakit" sahut si adik.
               "Boleh jalan dak?"tanya si abang. Tiada jawapan dari si adik. "kalau boleh jalan, bangun,mandi dan pi sekolah"sambung si abang.Adik bangun pelan-pelan,mandi dan bersiap ke sekolah. Umi jangan kata apa-apa.

               Setiap pagi beginilah keadaannya, kalau masalah yng timbultu rasa boleh selesaikan sendiri memang umi akan selesaikn sendiri.Tapi kalau rasa tak boleh selesai bantuan ahli keluarga sangat-sangat umi hargai. Kehidupan sebagai ibu tunggal sangat mencabar, hanya yang melalui merasai. Bukan umi tak redha, bukan umi mengeluh hanya mensyukuri nikmat punya ahli keluarga yang sanggup berkorban membesarkan anak-anak yatim bersama umi.

Monday, 6 March 2017

Miss Atiqah is getting married

Miss Atiqah is getting married, Alhamdulillah. Dia anak didik umi dan suami, tiga dari 4 adik beradiknya pernah menjadi anak didik kami.
Dulu umi dan suami jarang miss kenduri, semenjak dia pergi....
Kali ni kalau tiada halangan umi nak pi kenduri Atiqah sebab nak jumpa Husna Najihah dan Irdina. Rindu betul kat diorang.
Selamat Pengantin Baru Atiqah.

Catatan Harian

6 MAC 2017
Syukur kepada Allah bertemu lagi dengan Isnin yang indah.
Umi ni pagi2 memang freekan masa, kot kot ada masalah dari sang putra2 hihihi.
Pagi ni bising dengan seluar sekolah pulak. Seluar koyak ,zip rosak.... Hihihi, x yah panic, tak yah naik angin. Semua tu buat mengundang perkara negatif juga buat dia rasa x seronok pi sekolah.
Umi kata, bak mai semua seluar yang koyak dan zip rosak. 2 helai je rupanya. Selebihnya dah singkat, hihihi, dah singkat buat apa simpan (cakap dlm hati je)
Umi kata, pi pakai seluaq lain dulu utk solat sementara umi tampal seluar.
Umi keluar rumah dan tampal seluar. Dia pulak solat dan siapkan diri ke sekolah.
Akhirnya sama2 tersenyum, alhamdulillah selesai masalah pagi ni.
Umi ni sedaya upaya tak nak bising pagi-pagi, biarlah aman je. Indah hidup begini