Monday 13 March 2017

Testimoni

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com



Dalam dunia perniagaan ni banyak ranjau dan durinya.Begitu juga dengan kemanisannya. Diatas adalah contoh kemanisan. Membaca saja pun buat hati rasa bahagia.
Bayangkan Puan Hamilah ni boleh menjahit sehelai baju kurung tanpa mesin jahit. Hebat giler kan. Ucapkan Alhamdulillah kerana berjaya membantu orang lain berjaya menghasilkan sesuatu.

walau bagaimanapun banyak kepahitan yang perlu dilalui untuk berjaya dalam bisnes ni.

Segala kesukaran dijadikan medan untuk merencana langkah seterusnya. Bagaimana kita melihat halangan dan rintangan yang datang:

1. Memandang rintangan dari sudut positif, terima dengan hati yang terbuka.
2. Ia peringatan dan teguran dari Allah agar kita membaiki perkhidmatan perniagaan kita.
3. Mencari penyelesaian kepada permasalahan dengan menyediakan langkah-langkah penambah baikan.
4. Jika perkara-perkara di atas dilakukan, tidak mustahil kita akan terus maju dalm perniagaan.

Selain itu berilah ruang dalam diri kita yang sesekali kita akan melakukan kesilapan. Jadi kita tidak akan terlalu gelabah bila waktu itu datang dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment