Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com
Selain dari menjahit , umi juga menjual pola-pola pakaian, telekung dan tudung. Pola -pola yang dijual khas untuk membantu wanita-wanita di luar sana menjahit pakaian pilihan mereka dan keluarga. Umi juga menyediakan tutorial lengkap cara menggunakan pola, memotong kain serta menjahit .
Dulu umi guna kertas minyak tetapi malangnya kertas minyak semakin hari semakin nipis.lalu umi ambil keputusan untuk menggunakan kertas yang berkualiti . Memang harga agak mahal sedikit tetapi berbaloi guna kertas kraf ni sebab tahan lama dan tahan lasak. Jadi pelanggan-pelanggan yang kami hargai, umi akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan umi.
Terima kasih diatas sokongan kalian selama ini.
No comments:
Post a Comment