Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com
Alhamdulillah tak lama lagi jika dizinkan Allah umi akan pergi umrah. Tak pernah terjangkau dek akal yang umi ni akan dapat menjejakkan kaki ke Mekah. Dari dulu doa tak pernah putus. Setiap kali kawan-kawan pi Mekah mintak mereka doa agar umi dijemput Allah menjadi tetamuNya. Rupanya tiba juga saat itu.
Mengimbau kembali saat kawan datang ke rumah bersama suaminya mengajakku ziarah umrah. Dalam hati berkata nak pi dengn apa, umi ni hanya ada Allah je. Semenjak suami meninggal umi ada tulang 4 kerat ni utk menyara anak2 yatim, belom pernah meminta-minta dari sesiapa untuk membesarkan mereka. Umi redha.
Bagai mengetahui apa yang ada dalam hati umi mereka berkata yang tambang pi mereka bayar. Oh Allah, umi speechless. Umi diminta berfikir dulu samada nak pi atau tidak. Umi jawab umi nak pi. tak mau berfikir lagi sebab Allah menjemput umi.
Untukmu rakan pembaca pasakkan doa-doamu hanya kepada Allah kerana Dia maha mendengar. Berbicara dengan Allah dalam solat-solatmu, ikhlaskan hatimu dalam beramal hanya untuk Dia. Kita hanyalah manusia yang terlalu banyak dosa.

No comments:
Post a Comment