Tuesday 7 March 2017

Projek Telekung Wakaf

                Tercetusnya idea telekung wakaf ni bila umi kerap travel dan singgah di surau-surau untuk solat. Telekung-telekung di rest area memang terjga dengan elok, kira ok lah untuk solat.
               
                Kadang-kadang kami solat di surau-surau shopping mall, telekung memang banyak tapi kebanyakkannya kotor dan tak tergamak nak sarung terus kecuali lapik dengan tudung dulu.

               Mula-mula nak buat projek ni sorang-sorang tapi syok juga kalau share dengan kawan-kawan. Bila buat projek secara berjamaah lagi seronok.Umi pun post di fb tentang projek umi ni dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

               Dengan berbekalkan duit sumbangan kawan-kawan umi mula membeli kain jesi beberapa kayu dan mula menjahit telekung. dua minggu selepas tu siap telekung wakaf fasa pertama.


                Atas nasihat kawan-kawan yang berpengalaman, umi sulam perkataan WAKAF pada telekung untuk mengelak dari diambil orang.

Bukan keuntungan yang dicari tetapi bahagia di hati yang dinanti,



No comments:

Post a Comment