Sunday, 12 March 2017

UPSR is on the way

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com



UPSR is on the way. Tahun ni anak bongsuku akan ambil UPSR. banyak persediaan yang perlu dilakukan. Susah juga nak memantau pelajaran anakku sebab beliau seorang yang sangat aktif di sekolah.Setiap hari ada saja kegiatan di sekolah yang menyebabkan dia pulang lewat. Selalu terfikir-fikir cara untuk membantunya.

Langkah pertama ialah sentiasa berpesan supaya pulang kerumah selepas berakhir waktu persekolahan. Memang payah sikit nak dapat tu tapi umi tetap berpesan.

Selain itu umi cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan di rumah dengan menukar setiap situasi menjadi mudah. Kurang berleterlah kan.

Setiap hari umi akan bertanya tentang kerja sekolah. Kadang-kadang dia terlupa pasal homework ni.

Ambil hatinya dengan bawa berjalan, belanja makan, dengar musik yang dia suka, karaoke bersama-sama dengan erti kata lain nikmati kehidupan ni bersama dia. 

Peluk dia selalu dan ucapkan betapa umi sayangkan dia. Tapi umi tak buat setiap hari.

Doa jangan putus, setiap hari berdoa yang baik-baik untuk dia. Hadiah bacaan Quran untuk dia. Jangan lupa bersedekah untuk dia.

Banyak sangat tip-tip berkesan untuk menawan hati anak ni .Ini hanya sebahagian dari contoh sahaja.

Bila masa belajar, dia akan belajar dengan senang hati dan tidak rasa dipaksa. Disebabkan dia suka melayari internet, umi ajak dia belajar menggunakan internet.Banyak soalan-soalan UPSR . Buat terus latihan di situ. Cuma tu lah, kita kena banyak bersabar sebab talian internet sangat lambat di sini.

Doa umi moga dia berjaya di dunia dan akhirat..


No comments:

Post a Comment