Saturday, 11 March 2017

Kedai Ihram

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Semalam sempat pergi ke kedai Ihram membeli peralatan yang akan dibawa ke Mekah. Mula-mula nak pi lepas kenduri Atikah tapi menantu umi kata elok pi sebelum kenduri sebab kami akan lalu kedai tu dalam perjalanan ke kenduri.


Alhamdulillah, sampai kat kedai pekerja di situ dah siap bagi senarai apa yang nak dibawa ke Mekah. Tudia... bagus sungguh perkhidmatan diorang ni. Boleh kata semua barang ada di situ. Tak perlu garu kepala brfikir apa nak bawa. So siapa_siapa yang masih blur tak tau nak bawa apa pi Mekah tu boleh mengunjungi kedai begini ya, sangat membantu.

Semasa di kursus umrah tadi Allah atur kita duduk dengan seorang wanita yang dah beberapa kali pi Mekah. Umi banyak bertanya dengan beliau tentang persediaan seperti pakaian dan pertukaran wang. Beliau kat pakai baju yang dah ada pun dah ok, ya lah nak beli baju baru bukan senang umi ni. Banyak tanggungan lain lagi. Kemudian dia kata tukar siap-siap duit kat sini pun ok juga. Kalau tak cukup baru tukar di sana.

Lega betul semalam. Banyak persoalan umi yang terjawab. Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment