Thursday 16 March 2017

Persiapan pola-pola jubah.

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Iklan pola jubah telah dilancarkan semalam. Tempahan pola sudah semakin banyak. Siapa sangka perniagaan ini begitu memberangsangkan.


Pulang dari ziarah suami dan emak mertua, umi terus mencapai peralatan dan mula melakar pola. Umi melakar pola dari saiz S hingga saiz 3XL. Pola-pola itu akan menjadi pola master. Pembantu-pembantu yang umi panggil Engineer pola akan menggunakan pola itu sebagai acuan.


Sehingga kini kami telah ada 5 modul pola kami sendiri. Alhamdulillah trend belian pola begini mula mendapat tempat dihati pembeli yang rata-rata sangat sibuk untuk menghadirkan diri kekelas-kelas jahitan.


Selesai melabel, kemudian lipat, bungkus dan hantar. Nampak begitu mudah tetapi sebulan kami hanya mampu mengeluarkan 1 atau 2 produk sahaja kerana persiapan rapi perlu dilakukan untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk kami.

Untuk memudahkan penghantaran kami menggunakan perkhidmatan Easy Parcel. So kami tidak perlu beratur di Pos Laju seperti dulu.

Nanti bila-bila umi cerita pasal Easy Parcel pula ya.

ziarah dia dan emak

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Hari Rabu petang umi mengajak geng jogging umi ziarah abinya di Gurun pada hari Khamis pagi.Umi tidak pasti sudah memberitahu abinya tentang kepergian umi kembara umrah. Sepanjang perjalanan kami banyak berbicara tentang atok Johor yang nak berkahwin lagi setelah 10 tahun kematian atok perempuan.Yang pastinya umi redha kalau abah umi nak kawin lagi. Beliau berhak untuk bahagia.

Sampai di kuburan Islam Gurun, umi seakan mahu berlari ke kuburannya. Allah, rindunya hati ini. Umi memberi salam kepada sang kekasih dan ahli-ahli diperkampungan itu.Duduk ditepi kuburannya, hadiah segala bacaan yang indah-indah untuknya. Damailah engkau di sana kekasih ku.Banyak sangat kenangan-kenangan indah sewaktu kita bersama.Seusai berdoa khas untuknya, umi mula memberitahu hal di rumah sebagaimana umi selalu buat bila pergi ziarah dia. umi juga memberitahu akan kembara ziarah umrah umi dan umi mintak dia berdoa kepada Allah moga semuanya berjalan lancar.


Rimbun sudah pohon yang ditanam pada hari pengkebumiannya. Wahai pohon, doakan suamiku. Sayangku, aku rindu padamu, rindukan kasih sayangmu.Tenanglah engkau di sana. Allah memilihmu untuk istirehat. Aku redha ya Allah.

Selepas bercerita panjang dengan dia suamiku, umi pergi ziarah emak mertua kesayangan umi dan suami. Kami bercerita panjang. Macam-macam mak bagi nasihat. Dia tahu umi baru lepas menangis, Biarlah dia tahu umi amat menyintai anaknya.Bersyukurnya suami kerana masih punya ibu yang sentiasa berdoa untuknya.Umi sempat memohon ampun di atas segala dosa umi dengan emak. Emak doakan saya ya...

Perjalanan masih jauh, pasti umi akan selalu melawat mereka berdua selagi hayat dikandung badan.

Umi rindu dia

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Semakin dekat hari kepergian umi ketanah suci, umi sudah semakin sibuk. Aduhai , banyak nya urusan yang tidak selesai lagi. Persediaan secara fizikal masih dilakukan, berjogging petang-petang untuk kecergasan di Taman tasik.

Kalau ikut jadual semalam umi kena siapkan pakaian ke sana hari ini. Memang tidak berapa pasti berapa helai yang hendak dibawa. Tapi tidak mengapa. Umi anggar 6 helai jubah pasti cukup.

Satu satu jubah di perhatikan , dibetulkan dan dijahit sekali lagi tempat-tempat yang mungkin boleh koyak. Bawa baju-baju yang ada sahaja. Umi ingat nak berjimat sahaja dari segi pakaian ni.

Dalam nak berjimat tu pun baru 2 helai yang betul betul siap. InsyaAllah perlahan-lahan umi siapkan.

Sebelum tu umi dah beli peralatan mandi yang kecil-kecil seperti berus dan ubat gigi.

 Umi ke Tesco membeli barang-barang ini. Melihat berbagai jenama umi jadi  keliru. Selama ini arwah suami yang membeli segala keperluan di-rumah. Rasanya sepanjang menjadi wanita bergelar isteri, boleh dikira dengan jari umi ikut suami membeli peralatan macam ni.

Lama juga umi membelek-belek jenama yang ada. Ya Allah, masa untuk berubah. Banyak pelajaran yang Kau berikan sepanjang perjalanan kembara umrah ini. Umi bersyukur Ya Allah. Umi sedang belajar berdikari, menjaga kesihatan, berlari bersendirian dan Umi hanya ada Allah.

Sayunya hati.

Umi terfikir sebaiknya buat list barang apa yang umi perlu bawa. Teringat segala pelajaran yang suami ajar dulu. Senarai perlu ada. Tick semua benda yang dah ada. Senarai panjang sudah jadi semakin pendek. Syukur ya Allah dengan kurniaan Engkau. Tapi hati jadi sayu. Ya Allah aku rindu dia...

Tuesday 14 March 2017

Testimoni handsocks

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com


Assalamualaikum.

Salah satu produk keluaran saya adalah handsocks yang saya jahit sendiri. Alhamdulillah handsocks ring ni datang dalam berbagai warna mengikut tempahan pelanggan. Dari sejak diperkenalkan sehingga kini tempahan tidak pernah putus.

Dalam setiap penghasilan handsocks saya niatkan agar sipemakai mendapat segala kebaikannya.Niat agar dapat memenuhi keperluan berhijab dan moga hidup sentiasa diberkati kerana memilih untuk mengikut syariat.

Alhamdulillah handsocks saya diterima dengan baik oleh pelanggan, hati rasa sangat terharu bila pelanggan menyatakan kepuasan hati terhadap produk saya. Inilah namanya bahagia. Hati rasa sayu, bersyukur dan berazam untuk melakukan yang terbaik dalam usaha untuk memenuhi permintaan wanita berhijab.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan hubungi saya di 0124282437.


Pengalaman berniaga

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang asing bagi diri saya. Sejak dari kecil lagi saya selalu melihat kaum keluarga saya melibatkan diri dalam  perniagaan.Pengalaman yang terbina dari kecil itu membuatkan diri saya jatuh cinta dengan dunia perniagaan. 

Semasa kecil sebelum mak dan abah berpindah ke Kulai, kami tinggal di Parit Raja Batu Pahat. Atok membuka sebuah kedai runcit di depan rumah. Saya selalu berasa seronok melihat atok menggunakan penimbang tahil di kedai runcitnya.

Bila usia menjangkau 6 tahun mak dan abah berpindah ke Kulai. Abah menjual pisang salai di padang dekat dengan warung bila Jabatan Penerangan Malaysia buat tayangan wayang di kampung. Saya selalu ikut abah menjual.

Bukan setakat menjual pisang salai, emak dan abah membela ayam kampung dan menjual ayam dan telur kepada orang kampung. Seingat saya kami sekeluarga berpeluang untuk makan ayam dua kali setahun iaitu semasa Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. 

Masa berlalu dengan pantas, bila  sudah mula bersekolah, saya tidak berpeluang untuk mendapat wang saku dari emak dan abah. Setiap hari bawa bekal air teh dan apa-apa yang mak masak untuk sarapan. Setiap kali lalu di kantin sekolah saya ternampak susunan air botol di kantin. Saya amat tertarik dengan air kacang soya. Teringin nak merasa kesedapannya.

Saya terfikir-fikir cara untuk mendapatkan wang untuk membeli air kacang soya. Saya pergi ke rumah jiran yang banyak buah jambu batu. Saya mintak sedikit buah jambu yang masak. Mereka dengan senang hati memberi beberapa biji kepada saya.Saya jual buah jambu dengan harga 5 sen sebiji. dapatlah saya kumpul beberapa sen. Dengan duit itu, saya beli pula buah jambu besar dari jiran yang lain. Saya jual dengan harga 10 sen.

Bila dah ada duit di tangan, saya rasa sayang pula nak beli air soya idaman saya tu. Saya lupakan keinginan saya dan mula menabung. 

Di rumah saya suka menanam pokok orkid, Bunga orkid itu saya jual kepada penduduk kampung yang nak buat kerja kawin. Mereka guna bunga orkid sebagai hiasan yang disematkan pada baju penanggah. Orang kampung memang mengenali saya kerana jualan orkid saya.

Selain dari itu saya membantu emak dan abah menjual limau bali yang abah tanam di sebelah bilik saya.Buahnya lebat dan besar-besar. 

Saya juga suka mengumpul resepi-resepi dari majalah lama dan menyalin resepi dari kawan-kawan walau pun saya tidak mahir masak. Semasa di universiti, saya menyalin resepi-resepi tersebut dan saya bukukan untuk koleksi sendiri. Saya masak berpandukan resepi_resepi tersebut. Kawan-kawan pakat hairan melihat kebolehan saya masak dan minta saya fotostatkan buku resepi saya. Saya mula menjual buku-buku resepi kepada kawan-kawan. Semenjak itu saya terus menceburkan diri dalam dunia perniagaan hingga kini.
  

Persiapan Fizikal

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com


Dalam proses menyediakan diri untuk pergi ziarah umrah, persediaan dari segi fizikal adalah salah satu aspek yang amat perlu dititik beratkan. Sihat tubuh badan dari segi fizikal dan mental. 

Untuk persediaan fizikal yang sihat, umi memilih untuk berjogging di waktu petang di Taman Tasik Darul Aman. Petang-petang anak kedua umi akan membawa umi kesini selepas waktu kerja.Bagi umi waktu petang adalah masa yang paling sesuai sebab umi membayangkan keadaan disana yang agak panas  dan kering. 

Jarak satu pusingan mengelilingi tasik adalah lebih kurang 2 kilometer. Mula-mula berjogging memang agak mencabar juga lah tapi selepas beberapa minggu membuat latihan, badan rasa lebih ringan dan umi mula menikmati aktiviti ini.

Apa kelebihan berjogging ya
1. jogging dapat mengurangkan tekanan  bekerja. Orang kata salah satu cara untuk release tension lah.

2. Membakar kalori yang berlebihan. Bila dah selalu berjogging kita rasa ringan sikit.

3. Membantu kita tidur awal sebab badan letih dan rasa cepat mengantuk.

4.dari segi mental, jogging meningkatkan mood untuk membina keyakinan diri yang lebih positif.


5. Jogging membantu otak untuk menghantar pesanan kepada tubuh merembeskan hormon endorfin iaitu hormon kebahagiaan.

Bagi orang yang murung, eloklah berjogging ya.

 
Ditambah lagi dengan kecantikan Taman Tasik ni membuatkan umi rasa berbaloi jogging sebagai persediaan tawaf dan saei nanti.

Ya Allah sampaikan hajatku untuk ke rumah Mu.

Monday 13 March 2017

Testimoni

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com



Dalam dunia perniagaan ni banyak ranjau dan durinya.Begitu juga dengan kemanisannya. Diatas adalah contoh kemanisan. Membaca saja pun buat hati rasa bahagia.
Bayangkan Puan Hamilah ni boleh menjahit sehelai baju kurung tanpa mesin jahit. Hebat giler kan. Ucapkan Alhamdulillah kerana berjaya membantu orang lain berjaya menghasilkan sesuatu.

walau bagaimanapun banyak kepahitan yang perlu dilalui untuk berjaya dalam bisnes ni.

Segala kesukaran dijadikan medan untuk merencana langkah seterusnya. Bagaimana kita melihat halangan dan rintangan yang datang:

1. Memandang rintangan dari sudut positif, terima dengan hati yang terbuka.
2. Ia peringatan dan teguran dari Allah agar kita membaiki perkhidmatan perniagaan kita.
3. Mencari penyelesaian kepada permasalahan dengan menyediakan langkah-langkah penambah baikan.
4. Jika perkara-perkara di atas dilakukan, tidak mustahil kita akan terus maju dalm perniagaan.

Selain itu berilah ruang dalam diri kita yang sesekali kita akan melakukan kesilapan. Jadi kita tidak akan terlalu gelabah bila waktu itu datang dalam hidup kita.

Sunday 12 March 2017

Jom positif

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com



Sudah beberapa minggu anak umi mengeluh hal seluar sekolahnya yang dah koyak , singkat dan rosak zipnya. Minggu lepas umi bagi cadangan nak beli seluar baru untuknya. Dia anggukkan kepala.

Semenjak itu dia sentiasa bertanya bila nak beli seluar baru untuknya. Kita memang sentiasa ada masa untuk ke kedai tapi dia selalu balik sekolah pukul 6 petang.

Semalam kebetulan dia balik awal, jadi dapatlah kami ke kedai membeli seluar sekolahnya. Balik dari kedai umi mintak dia pakai tapi dia enggan sebab nak tunggu lepas mandi.Umi ingat nak pendekkan sedikit seluar tu sebab agak labuh.

Pagi tadi sebelum kesekolah baru teringat pasal seluar tu. Seperti biasa dia akan risau sedikit mengenai hal-hal begitu. Tapi umi akan bagi solusi kepada setiap masalah di waktu pagi. Kali ni umi mintak dia pakai seluar tu dan ukur sampai mana nak di singkatkan. Umi mintak dia buat semua proses untuk kesekolah kecuali memakai seluar sahaja.

Sambil dia menyiapkan diri, umi menyingkatkan seluarnya. Sampi waktu nak ke sekolah, seluar pun dah siap berjahit. Kedua-dua hati umi dan anak gembira.

Carilah jalan untuk bahagia, setiap masalah ada penyelesaiannya.Be positif. 

UPSR is on the way

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com



UPSR is on the way. Tahun ni anak bongsuku akan ambil UPSR. banyak persediaan yang perlu dilakukan. Susah juga nak memantau pelajaran anakku sebab beliau seorang yang sangat aktif di sekolah.Setiap hari ada saja kegiatan di sekolah yang menyebabkan dia pulang lewat. Selalu terfikir-fikir cara untuk membantunya.

Langkah pertama ialah sentiasa berpesan supaya pulang kerumah selepas berakhir waktu persekolahan. Memang payah sikit nak dapat tu tapi umi tetap berpesan.

Selain itu umi cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan di rumah dengan menukar setiap situasi menjadi mudah. Kurang berleterlah kan.

Setiap hari umi akan bertanya tentang kerja sekolah. Kadang-kadang dia terlupa pasal homework ni.

Ambil hatinya dengan bawa berjalan, belanja makan, dengar musik yang dia suka, karaoke bersama-sama dengan erti kata lain nikmati kehidupan ni bersama dia. 

Peluk dia selalu dan ucapkan betapa umi sayangkan dia. Tapi umi tak buat setiap hari.

Doa jangan putus, setiap hari berdoa yang baik-baik untuk dia. Hadiah bacaan Quran untuk dia. Jangan lupa bersedekah untuk dia.

Banyak sangat tip-tip berkesan untuk menawan hati anak ni .Ini hanya sebahagian dari contoh sahaja.

Bila masa belajar, dia akan belajar dengan senang hati dan tidak rasa dipaksa. Disebabkan dia suka melayari internet, umi ajak dia belajar menggunakan internet.Banyak soalan-soalan UPSR . Buat terus latihan di situ. Cuma tu lah, kita kena banyak bersabar sebab talian internet sangat lambat di sini.

Doa umi moga dia berjaya di dunia dan akhirat..


Pola kertas kraf

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Selain dari menjahit , umi juga menjual pola-pola pakaian, telekung dan tudung. Pola -pola yang dijual khas untuk membantu wanita-wanita di luar sana menjahit pakaian pilihan mereka dan keluarga. Umi juga menyediakan tutorial lengkap cara menggunakan pola,  memotong kain serta menjahit .


Dulu umi guna kertas minyak tetapi malangnya kertas minyak semakin hari semakin nipis.lalu umi ambil keputusan untuk menggunakan kertas yang berkualiti . Memang harga agak mahal sedikit tetapi berbaloi guna kertas kraf ni sebab tahan lama dan tahan lasak. Jadi pelanggan-pelanggan yang kami hargai, umi akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan umi.

Terima kasih diatas sokongan kalian selama ini.

Saturday 11 March 2017

PolaJubah A Cut

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com


cantik kan jubah A cut ni. Syok kalau pandai jhit sendiri kan.

Kami d JF Academy sedia membantu anda. Kami menjual pola A cut ni dan tutorial lengkap cara memotong dan menjahit baju ini. Semua kami ajar melalui video. Anda tak perlu hadir ke kelas.


Kertas yang kami guna untuk melukis pola dari kertas kraf yang tebal, tahan lama dan tahan lasak. Pasti berbaloi-baloi.

Untuk mendapat respond pantas hubungi kami melalui talian wassap 012 428 2437

Kedai Ihram

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Semalam sempat pergi ke kedai Ihram membeli peralatan yang akan dibawa ke Mekah. Mula-mula nak pi lepas kenduri Atikah tapi menantu umi kata elok pi sebelum kenduri sebab kami akan lalu kedai tu dalam perjalanan ke kenduri.


Alhamdulillah, sampai kat kedai pekerja di situ dah siap bagi senarai apa yang nak dibawa ke Mekah. Tudia... bagus sungguh perkhidmatan diorang ni. Boleh kata semua barang ada di situ. Tak perlu garu kepala brfikir apa nak bawa. So siapa_siapa yang masih blur tak tau nak bawa apa pi Mekah tu boleh mengunjungi kedai begini ya, sangat membantu.

Semasa di kursus umrah tadi Allah atur kita duduk dengan seorang wanita yang dah beberapa kali pi Mekah. Umi banyak bertanya dengan beliau tentang persediaan seperti pakaian dan pertukaran wang. Beliau kat pakai baju yang dah ada pun dah ok, ya lah nak beli baju baru bukan senang umi ni. Banyak tanggungan lain lagi. Kemudian dia kata tukar siap-siap duit kat sini pun ok juga. Kalau tak cukup baru tukar di sana.

Lega betul semalam. Banyak persoalan umi yang terjawab. Terima kasih Allah.

Kenduri Atikah

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Alhmdulillah berkesempatan menghadiri kenduri kawin Atikah semalam. meriah betul. Ramai tetamu yng dikenali, begitu juga bekas-bekas pelajar umi. 


Mereka bekas pelajar umi d Sekolah Al Azhar dulu. Kemudian belajar di Pusat Tuisyen Bitara Indah tempat umi mengajar. 

Masa begitu cepat berlalu. Masing-masing memanfaatkan usia muda dengan memperkasa diri mencari ilmu dunia dan akhirat. Cikgu doakan agar kalian berjaya dunia akhirat. 

Selamat pengantin bari Tikah.


Jemputan Allah

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Alhamdulillah tak lama lagi jika dizinkan Allah umi akan pergi umrah. Tak pernah terjangkau dek akal yang umi ni akan dapat menjejakkan kaki ke Mekah. Dari dulu doa tak pernah putus. Setiap kali kawan-kawan pi Mekah mintak mereka doa agar umi dijemput Allah menjadi tetamuNya.  Rupanya tiba juga saat itu.

Mengimbau kembali saat kawan datang ke rumah bersama suaminya mengajakku ziarah umrah. Dalam hati berkata nak pi dengn apa, umi ni hanya ada Allah je. Semenjak suami meninggal umi ada tulang 4 kerat ni utk menyara anak2 yatim, belom pernah meminta-minta dari sesiapa untuk membesarkan mereka. Umi redha.

Bagai mengetahui apa yang ada dalam hati umi mereka berkata yang tambang pi mereka bayar. Oh Allah, umi speechless. Umi diminta berfikir dulu samada nak pi atau tidak. Umi jawab umi nak pi. tak mau berfikir lagi sebab Allah menjemput umi.

Untukmu rakan pembaca pasakkan doa-doamu hanya kepada Allah kerana Dia maha mendengar. Berbicara dengan Allah dalam solat-solatmu, ikhlaskan hatimu dalam beramal hanya untuk Dia. Kita hanyalah manusia yang terlalu banyak dosa.





Kembara Umrah

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Harini cuti menjahit, umi menghadiri kursus umrah. Kalau ikut tarikh umi akan berangkat ke Madinah pada 22 hb Mac, moga Allah permudah perjalanan umi.

Ustaz mengingatkan kami untuk memperbetulkan niat kami untuk kesana, bukan hanya untuk menunaikan umrah tetapi sebagaitanda cinta kepada Allah dan Rasul.

Ziarah maqam Rasulullah akan menyebabkan kita mendapat syafaat di akhirat nanti.Kita tidak mendapat nikmat hidup bersama nabi tapi kita mendapat nikmat menziarahi maqam baginda. Juga dikira sebagai menziarahi nabi semasa hidup.

Selepas menziarahi maqam Rasulullah, kita juga akan dibawa ke Raudhah salah satu taman-taman syurga. Berdoalah di situ dengan bersungguh-sungguh.

Banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum pergi.
1.Rohani
2.fizikal
3.pembiayaan


Friday 10 March 2017

Kelas on line jahit tudung scallop

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com


CANTIKNYA TUDUNG SCALLOP NI !! JOM BELAJAR JAHIT TUDUNG NI SECARA ONLINE DALAM FESBUK
.
.
🎀 Tak ada masa nak pergi kelas jahitan?
🎀 Nak tambah kemahiran diri?
🎀 Teringin nak jahit TUDUNG sendiri dan anak2?
🎀 Nak tambah pendapatan keluarga?
.
Macam mana nak belajar buat TUDUNG SCALLOP ni?? Dekat mana nak belajar?? Bila nk belajar??
.
Kak Gee buka Kelas Online Jahit TUDUNG SCALLOP ni KHAS utk puan2 semua!
👇👇👇
.
Whatsapp segera utk join Kelas Online Jahit TUDUNG SCALLOP
.
DISKAUN GILER2 + FREE POS hanya utk mereka yg terus WHATSAPP k. Gee. Tekan jer link kat bawah ni, nnt automatik masuk WHATSAPP👇👇👇
.
www.wasap.my/60103031301/SCL
.
=============
BUTIR KELAS ONLINE JAHIT TUDUNG SCALLOP
=============
.
Apa yg anda Puan akan dapat?
1. 1 Set Pola Size L
2. 9 VIDEO (Kualiti tinggi) Tutorial dari potong kain sampai siap
3. Akses group FB utk soal jawab
.
Macam mana nak belajar?
1. Buat pembelian
2. Kak Gee akan hantar POLA melalui POS Laju
3. Anda akan di "add" ke Group FB
4. Rujuk Video Tutorial
5. Mula menjahit!
.

Kelas jahit baju kurung on line

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com


PUAN2 NAK BELAJAR JAHIT BAJU KURUNG TRADISIONAL?? BELAJAR SECARA ONLINE DALAM FESBUK JER
.
.
🎀 Ada mesin jahit tapi xreti jahit?
🎀 Tak ada masa nak pergi kelas jahitan?
🎀 Nak tambah kemahiran diri?
🎀 Teringin nak jahit baju kurung sendiri dan anak2?
🎀 Nak tambah pendapatan keluarga?
.
Macam mana nak belajar buat BAJU KURUNG TRADISIONAL ni?? Dekat mana nak belajar?? Bila nk belajar??
.
Kak Gee buka Kelas Online Jahit BAJU KURUNG TRADISIONAL ni KHAS utk sis2 semua!
👇👇👇
.
Whatsapp segera utk join Kelas Online Jahit BAJU KURUNG TRADISIONAL
.
DISKAUN GILER2 + FREE POS hanya utk mereka yg terus WHATSAPP k. Gee👇👇👇
.
Whatsapp "BKT" ke 010 303 1301
Whatsapp "BKT" ke 010 303 1301
Whatsapp "BKT" ke 010 303 1301
.
=============
BUTIR KELAS ONLINE JAHIT BAJU KURUNG TRADISIONAL
=============
.
Apa yg anda Puan akan dapat?
1. 1 Set Pola (pilihan size S, M, L, XL)
2. 15 VIDEO (Kualiti tinggi) Tutorial dari potong kain sampai siap
3. Akses group FB utk soal jawab
.
Macam mana nak belajar?
1. Buat pembelian
2. Kak Gee akan hantar POLA melalui POS Laju
3. Anda akan di "add" ke Group FB
4. Rujuk Video Tutorial
5. Mula menjahit!
.

Thursday 9 March 2017

Kelas Pola Pakaian

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com

Mencari ilmu melakar pola. Bulan Mac ni umi kurangkan kelas menjahit, walaubagaimanapun ada kawan mintak kelas personal melakar pola. ok lah, buat khas untuk dia. InsyaAllah bulan April kita buka macam-macam kelas untuk umum ya.

Selalu tengok otai-otai jahitan bagi macam-macam pola kat fb, kita dok nganga je ja. Dalam hati memang nak buat tapi tak tau nak mula dari mana. Langkah seterusnya ialah save post otai. Bila agak-agaknya nak mula melakar pola ni. Hihi, tak terbuat juga sampai kesudah.


Jom Kak G bantu awak melakar pola baju sendiri. Apa yang akan dipelajari:
1. Cara mengambil ukuran badan.
2. Membuat kiraan mengikut formula.
3. melakar pola hasil kiraan.
4. memanipulasi pola untuk membuat baju-baju lain.


Semua peralatan kak G sedia. Datang bawak badan saja. Kalau awak dah faham memang tak ada masalah nanti. Cara kak G memang tak sama dengan otai-otai lain sebab kak G bukan otai, hanya orang lama je

wassap 0124282437