Sunday, 12 March 2017

Jom positif

Teks : Fauziah Hamidon.
fauziah.hamidon@gmail.com
http://fauziahhamidon.blogspot.com



Sudah beberapa minggu anak umi mengeluh hal seluar sekolahnya yang dah koyak , singkat dan rosak zipnya. Minggu lepas umi bagi cadangan nak beli seluar baru untuknya. Dia anggukkan kepala.

Semenjak itu dia sentiasa bertanya bila nak beli seluar baru untuknya. Kita memang sentiasa ada masa untuk ke kedai tapi dia selalu balik sekolah pukul 6 petang.

Semalam kebetulan dia balik awal, jadi dapatlah kami ke kedai membeli seluar sekolahnya. Balik dari kedai umi mintak dia pakai tapi dia enggan sebab nak tunggu lepas mandi.Umi ingat nak pendekkan sedikit seluar tu sebab agak labuh.

Pagi tadi sebelum kesekolah baru teringat pasal seluar tu. Seperti biasa dia akan risau sedikit mengenai hal-hal begitu. Tapi umi akan bagi solusi kepada setiap masalah di waktu pagi. Kali ni umi mintak dia pakai seluar tu dan ukur sampai mana nak di singkatkan. Umi mintak dia buat semua proses untuk kesekolah kecuali memakai seluar sahaja.

Sambil dia menyiapkan diri, umi menyingkatkan seluarnya. Sampi waktu nak ke sekolah, seluar pun dah siap berjahit. Kedua-dua hati umi dan anak gembira.

Carilah jalan untuk bahagia, setiap masalah ada penyelesaiannya.Be positif. 

No comments:

Post a Comment