Monday, 6 March 2017

Mengenali diriku




Assalamualaikum,


Salam perkenalan dari saya Fauziah Hamidon. Berasal dari Johor dan kini menetap di Kedah. Saya mudah dihubungi melalui  fauziahhamidon@gmail.com

 Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia, Kulai, Johor. 
Menyambung pelajaran di Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor sehingga tingkatan 3.

Selepas SRP, terpilih untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Kulai, Johor dalam jurusan sains. 

Selepas SPM, terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Citrus College California dan selanjutnya ke University of Arizona dalam jurusan microbiology.

Sekembalinya saya ke Malaysia saya mengambil keputusan untuk tidak bekerja dan memberi tumpuan sepenuh masa terhadap rumhtangga dan anak-anak. Saya wanita yang tak tahu duduk diam, sentiasa ada projek walaupun anak-anak masih kecil. Menjahit, masak, mengajar anak-anak adalah rutin harian saya.

Semasa di universiti saya mula menjual karipap dan popia di masjid. Selain itu saya menjual buku buku resepi. 
Saya juga mengambil upah membaiki pakaian seperti memendekkan seluar. 
Sekembalinya saya ke Malaysia saya mula mengajar tuisyen di rumah, menjual nasi lemak dan menjahit. 
Kini saya lebih menumpukan perhatian menjual pola-pola pakaian dan tudung, mengajar menjahit secara online dan offline. Saya juga menjual telekung dan tudung labuh. 

Saya amat suka menjahit, masak, berkebun dan membaca. 
Walaupun begitu saya mahir dlm bidang masakan dan jahitan. 
Jika dilihat dari segi kepakaran rasanya saya lebih memilih jahitan. 

 Saya amat suka membaca buku-buku motivasi, agama,jahitan dan masakan sebagai bahan bacaan di rumah. 

Alhmdulillah saya diberi kesempatan untuk mempelajari ilmu blog yang akan saya gunakan untuk berkarya dan mempelajari ilmu penulisan.

Salam perkenalan dari saya. 

No comments:

Post a Comment